Sejarah PICOMS
- Kolej Kejururawatan PUSRAWI adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta (IPTS) berdaftar yang menawarkan Kursus Diploma Sains Kejururawatan.
- Merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dipengerusikan oleh YB Mej Jen Dato’ Seri Jamil Khir B.Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Kolej ini ditubuhkan pada April 1994 dibawah pengurusan Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd (PUSRAWI) yang kini dikenali sebagai Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd.dengan menawarkan kursus peralihan dari pembantu klinik kepada Penolong Jururawat.
- Pada tahun 1997, Kolej mula mengendalikan kursus diploma Sains Kejururawatan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membolehkan pelajar mendapat kelayakan sebagai Jururawat Terlatih yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan masih ditadbir oleh Hospital Pusrawi.
- Pada tahun 2003, Kolej didaftarkan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menawarkan Kursus Diploma Sains Kejururawatan dan diletakan dibawah pengurusan Syarikat Anggun Mulia Sdn.Bhd
- Pada tahun 2007,Pentadbiran baru di bawah Kolej Sains dan Kejururawatn Pusrawi Sdn.Bhd dan dikenali sebagai Anggun Mulia Sdn.Bhd.
- Pada tahun 2008,mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) untuk Diploma Sains Kejururawatan.
- Pada tahun 2010 ,mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk pertukaran nama menjadi Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi atau Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) untuk menawarkan pelbagai kursus peringkat Diploma dan Ijazah (secara usahasama) dalam bidang sains perubatan dan kesihatan.