Diploma Sains Perubatan
BIDANG TUGAS
Pemegang Diploma Sains Perubatan akan menjalankan tugas seperti berikut:
*Menjalankan ujian-ujian diagnostik
*Mengawal selia makmal perubatan dan makmal sains
*Membantu penyelidikan dalam bidang perubatan dan farmaseutik
*Bekerja dalam bidang perindustrian biologi dan kimia
*Pengurusan sektor kesihatan dan insuran
PROSPEK KERJAYA
Graduan Diploma Sains Perubatan boleh bekerja sebagai Pembantu Pegawai Sains di makmal perubatan, Pembantu Makmal Diagnostik atau sebagai Pembantu Pegawai Penyelidik di makmal-makmal penyelidikan kerajaan dan swasta. Selain daripada itu, graduan dalam bidang ini juga berpeluang dalam mempromosikan dan menyelenggara kelengkapan makmal perubatan.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Program ini diadakan sebagai laluan alternative kepada laluan STPM dan Matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Berikutan dengan itu usaha sedang giat dijalankan oleh PICOMS secara usahasama dengan universiti-universiti terkemuka di dalam danluar negara untuk menyediakan peluang kedua bagi pelbagai kursus dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. Beberapa laluan menarik untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda menunggu graduan program ini, diantaranya:
*Sarjana Muda Pergigian
*Sarjana Muda Farmasi
*Sarjana Muda Fisioterapi
*Sarjana Muda Bio Perubatan
*Sarjana Muda Diebetik dan Pemakanan
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 3 kredit dalam subjek berikut:
- Sains atau salah satu subjek Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia); dan
- mana-mana 2 subjek lain