Diploma Sains Kejururawatan

 

BIDANG TUGAS

Jururawat dalam bidang penjagaan kesihatan dan seorang yang bertugas sebagai penjagaan professional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

 

Antara Tugasan am Jururawat adalah :

1. Penjagaan Pesakit

a) Mengurus dan melayan makan minum pesakit

b) Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit

 

2. Membantu doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan

3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan

4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih

 

PROSPEK KERJAYA

Prospek kerjaya sangat luas dan cerah kerana selain dari berkhidmat dalam Negara permintaan bagi Jururawat diluar Negara sentiasa diperlukan. Oleh kerana tugas jururawat tidak mengira siang atau malam menyebabkan tenaga kerja yang ramai sentiasa diperlukan untuk memenuhi kehendak pelanggan ditempat-tempat berikut:

-Hospital Kerajaan                              - Hosptal Swasta                      - Klinik Swasta

- Pusat Dialisis                                   - Universiti & Kolej                - Sektor Perindustrian

Pusat Rawatan Kesihatan                     - Rumah orang perseorangan

 

PELUANG MELANJUTKA PELAJARAN

Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan pasca Ijazh dalam bidang kejururawatan terbuka luas kerana selain dari universiti awam, university swasta juga banyak menawarkan tempat untuk jururawat terlatih menyambungkan pelajaran mereka samada sepenuh masa atau separuh masa.

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 5 kredit termasuk kredit Matematik dan Sains

-Lulus Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris