4 Tokoh Utama

PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE of MEDICAL SCIENCES atau PICOMS semakin mendapat tempat di hati pelajar-pelajar seluruh negara bagi meneruskan pembelajaran dalam bidang sains kesihatan bersekutu. Bermula sejak tahun 1979 sebagai Kolej Kejururawatan Pusrawi dengan hanya menawarkan program Diploma Sains Kejururawatan ketika itu, kini dengan penjenamaan semula pada tahun 2011, PICOMS menawarkan Diploma Farmasi, Sains Perubatan, Kesihatan Persekitaran, Fisioterapi dan Pembantu Perubatan.

 

Tidak berhenti setakat itu, PICOMS telah mementerai perjanjian persefahaman menjalankan program berkembar peringkat Ijazah dengan perbagai universiti terkemuka luar dan dalam negara dalam bidang perubatan, pergigian dan kejururawatan. Antaranya termasuk Universiti Al-Azhar, Universiti Mansoura dan Universiti Tanta di Mesir, Jordan University of Science & Technology  dan Hashimite University di Jordan serta University of East London di United Kingdom.

 

Transformasi drastik yang dialami oleh PICOMS ini adalah hasil daya usaha serta sumbangan empat tokoh utama yang banyak membantu menaikkan serta mengharumkan nama PICOMS bukan sahaja diperingkat tempatan malah mula semakin dikenali diperingkat global.

 

Y.B. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR B. HJ. BAHAROM – Berkelulusan Universiti Malaya Jurusan Syariah dan Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti Cordova. Beliau adalah merupakan tokoh pencetus dan pengasas kelahiran PICOMS. Beliau adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mana PICOMS duduk bernaung dibawahnya. Sejak mengambil alih sebagai Pengerusi MAIWP beliau mencetuskan pelbagai ilham agar PICOMS memperbagaikan program-program sains kesihatan dan perubatan untuk ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, khususnya dari golongan keluarga asnaf. Beliau berfikiran amat positif terhadap kemampuan PICOMS untuk menjadi sebuah IPTS yang berjaya dimiliki oleh orang-orang Islam dan telah  memainkan peranan  aktif dalam  perkembangan sahsiah pembentukan serta penjenamaan semula PICOMS.

 

DATUK MOHD. ZUBIR B. SHEIKH SAAD - Pengerusi Lembaga Pengarah PICOMS. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Master in Bisness Administration. Seorang ahli politik yang berkarisma serta usahawan yang berjaya dan berpengalaman lebih dari 20 tahun didalam bidang perniagaan farmaseutikal dengan rangkaian Zuffa Pharmacy Sdn Bhd serta berpandangan jauh dalam usaha mempertingkatkan kemajuan serta pencapaian PICOMS di arena tempatan mahupun pada peringkat dunia. Melalui usahanya menstrukturkan kembali organisasi serta pentadbiran PICOMS agar bergerak pantas untuk menjadi sebuah IPTS yang berkaliber dan berdaya maju.

 

EN. AHMAD ZAKUAN B. KHAIRUDDIN - Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Master in Pharmacy, beliau mempunyai 28 tahun pengalaman merangkumi bidang R&D, farmaseutikal, komuniti farmasi, akademik, pentadbiran dan pengurusan. Peneraju utama dalam menggerak dan merealisasikan aspirasi serta wawasan MAIWP menjadikan PICOMS sebagai sebuah jenama unggul serta ikon dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

 

DATO’ DR. JAMJAN B. RAJIKAN: Pengarah Akademik PICOMS. Mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang akademik ITPA/IPTS. Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dekan Fakuiti Kimia, USM. Pengalaman beliau yang sangat luas dalam bidang akademik akan memastikan kualiti akademik PICOMS akan menjadi lebih cemerlang dan kekal berkualiti.

 

Selain dari 4 tokoh di atas, PICOMS telah mempunyai seorang lagi pakar rujuk di dalam bidang perubatan, iaitu PROF. DR. ABDUL LATIFF MOHAMED. Beliau dilantik oleh PICOMS sebagai Konsultan bagi program berkembar perubatan. Bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan, Kolej Universiti Cyberjaya dan merupakan Doktor Pakar Jantung Hospital An-Nur, beliau telah banyak membantu PICOMS dalam usaha perkembangan bidang perubatan dan sains kesihatan.